Description

Blog ini menyediakan bahan untuk pembelajaran Perniagaan Antarabangsa BAB 12 - Strategi Menganalisa Dan Memasuki Pasaran Asing untuk semua lapisan pengguna terutamanya untuk pelajar PPJJ USM Tahun 2....

Saturday, February 8, 2014

RINGKASAN BAB 12

5. FRANCAIS(FRANCHISE)

Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan.
Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk (francaisor) dan pelabur (francaisi) di mana francaisor akan menyediakan produk dan sistem perniagaan manakala francaisi akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha berterusan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Bagi pemilik perniagaan atau francaisor, francais merupakan alternatif untuk mengembangkan perniagaan melalui pelaburan pihak ketiga (francaisi).
Mengapa Francais ?
o    Kelebihan menjalankan perniagaan secara francais adalah perniagaan dan jenama sesuatu syarikat (francaisor) dapat diperluaskan melalui pihak ketiga (francaisi) yang akan melaburkan sumber-sumber seperti modal kewangan, masa dan tenaga.
o    Seseorang francaisi akan menguruskan perniagaan dengan lebih baik berbanding seorang pekerja kerana mereka mempunyai kepentingan secara langsung di dalam perniagaan tersebut.
o    Kerjayaan francaisi mencerminkan kejayaan francaisor dan sebaliknya.

 Kelebihan Sistem Francais Kepada Francaisor
·         Sistem operasi dan kawalan yang seragam.
·         Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran.
·         Berkembang dengan menggunakan modal yang kurang.
·         Alternatif kepada membuka cawangan sendiri (kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang)
·         Berkongsi risiko dan tanggungjawab.
·         'ECONOMIES OF SCALE' peningkatan dalam pengeluaran.
·         Struktur pengurusan yang terkawal - pengurusan dilakukan oleh usahawan (francaisi yang melabur dan oleh itu akan lebih komited daripada yang digajikan.

Terma dan Definisi
Terma
Definisi
Francaisor
Orang yang memberikan francais kepada pemegang francais termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais.
Francaisi
Seseorang yang diberi hak francais oleh pemberi francais tetapi tiada hak mensubfrancaiskan kepada orang lain.
Francaisi Induk
Seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaanya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.