Description

Blog ini menyediakan bahan untuk pembelajaran Perniagaan Antarabangsa BAB 12 - Strategi Menganalisa Dan Memasuki Pasaran Asing untuk semua lapisan pengguna terutamanya untuk pelajar PPJJ USM Tahun 2....

Tuesday, January 28, 2014

2. KAEDAH-KAEDAH MEMASUKI PASARAN ANTARABANGSA

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakam untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.  Setiap kaedah mempunyai tahap risiko yang tersendiri.  Kaedah memasuki pasaran luar dipilih mengikut kesesuaian dan kemampuan usahawan dan mengikut tahap penglibatan yang usahawan ingin.

Kaedah pertama ialah Eksport yang bermaksud barangan tempatan dihantar keluar negara untuk pasaran antarabangsa.  Cara yang paling mudah ialah melantik agen atau pengedaar atau terus pada pembeli. Menurut Hisrich & Peters ( 2005 ), eksport boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu eksport secara langsung dan eksport secara tidak langsung.


Eksport secara langsung

- Urusan pengeksportan dilakukan sendiri oleh usahawan.
- Firma perlu lakukan kajian terperinci dan strategi promosi yang agresif dan berkesan bagi memastikan produk diterima dalam pasaran tersebut.
- Selalunya melibatakan firma yang telah kukuh dan dikenali diperingkat antarabangsa.


Eksport secara tidak langung

- Melibatkan penjualan produk ke pasaran antarabangsa melalui orang tengah atau firma pengurusan eksport atau agen.
- Sesuai bagi usahawan yang baru, yang kurang berkemahiran dan belum mahir dalam urusan pengeksportan.
- Perlu bayar sejumlah kos kepada orang tengah ini dan akan meningkatkan kos usahawan.

Kaeadah yang kedua ialah Usahasama/J.V/Strategic Alliance yang melibatkan 2 atau lebih firma bergabung untuk mewujudkan entiti baru dipasaran antarabangsa. Mereka ini juga dapat berkongsi sumber, kemahiran, teknologi dan sebagainya.  Kos modal dan risiko yang dihadapi mengikut pegangan (% equity)

Kebaikan usahasama Keburukan usahasama
Dapat pengetahuan langsung tentang keadaan tempatan dan kerajaan dimana operasi berlaku Masalah kawalan yang terpecah mungkin menyebabkan konflik antara 2 syarikat yang terlibat juga kesukaran mendapat persetujuan bersama
Dapat gunakan sumber daripada syarikat usahasama yang terlibat maka dapat mengurangkan kelemahan yang dipunyai oleh satu pihak Ketidakserasian antara perkongsi
Modal keseluruhan dan risiko dapat dikurangkan Kepercayaan dan tanggungjawab


Kaedah yang ketiga pula ialah Pelaburan langsung(Direct Investment) yang melibatakn pelaburan firma sebuah negara kepada negara lain. (Contoh : pembinaan loji, pembukaan kilang/firma dan lain-lain).  Kaedah ini juga membolehkan firma yang melabur mendapat hak pemilikan (equity biasanya >10%), hak kawalan ke atas operasi dan pengurusan. <Higher degree of involvement>

Kaedah ini juga dapat elakkan halangan dagangan dan juga boleh ambil kesempatan daripada insentif kerajaan asing.  Kebanyakan berisiko disebabkan oelh naik turun ekonomi, sosial dan politik di sleuruh dunia.

Pelesenan(Licensing) juga merupakan satu kaedah untuk memasuki pasaran antarabangsa.  Kaedah ini memberi lesen kepada firma antarabangsa untuk mengeluar, menjual, mengedar barangan atau servis menggunakan paten, jenama, tanda dagangan, hak cipta, teknologi, kaedah, logo syarikat asal.  Diiringi dengan perkhidmatan perundingan dan nasihat teknikal daripada lesensor supaya lesense boleh beroprasi dengan baik.

Kebaikan PerlesenanKeburukan Perlesenan
Perlu modal yang minima dan menjimatkan kos tarif dan pengangkutanLesensee mungkin akan jadi pesaing selepas kontrak tamat
Lebih realistik berbanding kaedah eksport terutama untuk firma berteknologi tinggiPerlu pastikan lesensee ikut peraturan dan selaraskan produk ikut pasaran

Perlu kekalkan hubungan baik, juga perlu menyelesaikan konflik jika ianya berlaku

Francais Antarabangsa : Pakej Francais yang melibatkan perjanjian di antara francaisor dan  francaisi merentasi sempadan.

Anak Syarikat Asing : Boleh tubuhkan cawangan atau anak syarikat di negara asing.  Memerlukan modal yang tinggi dan risiko kegagalan juga tinggi.

Laman Web juga merupakan satu kaedah teknologi terkini untuk menimbusi pasaran antarabangsa dengan menggunakan "website" bagi memasarkan produk.

1 comment: